Saturday, September 3, 2011

Mari belajar Bahasa Sungai Makiang - 1

Soalan : Anu abar mu? = Apa khabar kamu?
Jawapan : Awarong = Baik

Soalan : Ombo kiat mu? =  Kamu dari mana?
Jawapan : Kiat aku dii waloi  =  Aku dari  rumah

Soalan : Nakaa kan koyo? =  Kamu sudah makan?
Jawapan : Nakaa kano  =  Sudah makan

Soalan : Ada' inakan mu? =  Kamu makan apa?
Jawapan : Akanon om sansam  =   Nasi  dan sayur

Penerangan:
Mangakan - makan ( sedang  makan, akan makan )
Contoh :
Kayo mangakan - mari makan

Inakan - dimakan ( perbuatan yang telah berlalu )
Contoh : 
Ada' inakan muyu? - kamu makan apa?

Nangakan - makan, sedang  makan
Contoh :
Nangakan nasiro - mereka sedang makan ( sedang makan, menceritakan perihal perbuatan orang lain)
Nangakan  aku akanon - aku makan nasi ( perbuatan yang telah berlalu )

Nakaa kan - sudah makan 
Contoh : 
Nakaa kan aku yo - aku sudah makan ( sudah berlalu )
Nakaa kan koyo? - kamu sudah makan? ( ayat tanya )


Contoh ayat menunjukkan kemarahan/rasa tidak puas hati
Manimbau - Makan
Mamburusok - Makan
*** tolong jangan gunakan perkataan ini dalam perbualan seharian

Populasi Utama Kaum Daerah Kinabatangan

Sekadar perkongsian dan tolong betulkan jika ada yang tersilap

Populasi Utama Kaum Daerah Kinabatangan
( tidak termasuk mereka yang berhijrah )

A.
Kg.Inarad                                                                    =          Suku Tangara’
( dipercayai sebagai suku Murut kerana berdekatan dengan Keningau)

B.
Suan Lamba, Bilit, Sukau                                           =          Sungai Segama

C.
Kg.Masaum, Kg.Mengakawo, Kg.Minusuh               =          Sungai Rumanau
Kg.Penangah, Kg.Alitang, Kg.Sagoun, Kg. Diwara   =          Sungai Makiang
Kg.Tampasak, Kg.Talibu, Kg.Purutawoi                    =          Sungai Sinabu
Kg.Malagatan, Kg.Lilingkuan                                    =          Sungai Sinabu
Kg.Tongod, Kg.Bulot, Kg.Imbak                              =          Sungai Makiang
Kg.Kuamut Kg.Desa Permai, Kg.Tangkong              =          Sungai Kuamut

D.
Keramuak, kenang-kenangan                                    =          Sungai Sukang

Kg.Sangau(pintasan), Sg.Lokan, Balat, Lamag,
Buang Sayang, Batu Putih                                          =          Sungai Pintasan

Sogo-Sogo, Kiandongo, Menanam,
Semundoh, Langkabong, Tongodon                          =          Sungai Mangkaak
Kg. Entilibon – Sungai Sukang

E.
Kg.Simpang Entilibon, Maliau, Namukon, Linayukan, – Dusun Minokok
** Lalampas(Minusuh) adalah penempatan asal kaum Minokok

Kg.Sanan, Kg.Kironggu – Dusun Kiau  / Tamparuli

Friday, July 15, 2011

Wednesday, February 2, 2011

Selamat Tahun Baru Cina

Selamat Tahun Baru Cina, Happy Chinese New Year, Gong Hi Fa Cai.

Semuanya menjurus kepada maksud yang lebih kurang sama walaupun berbeza bunyinya. Dalam kesempatan ini juga, saya menyampaikan ucapan tersebut kepada semua rakan-rakan dan seluruh warganegara yang merayakannya. Dengar-dengar di radio tadi, tahun ini tahun Arnab.

Menurut penyampai radio tersebut, Tahun Arnab adalah tahun yang sangat baik mengikut kepercayaan. Harap-harap semua kebaikan dan keuntungan daripada tahun Arnab akan dirasai oleh semua rakyat Malaysia.

Keuntungan pertama yang sama-sama dirasai ialah cuti 1 minggu sempena Tahun Baru Cina. Dapat juga merehat-rehatkan badan dirumah.

C-Broadband Advance (Data Only + Modem) - RM98

Sudahkah anda menerima penyata bil celcom broadband anda?? Jika sudah, adakah caj yang dikenakan sama dengan apa yang diberitahu semasa pembelian dibuat ??

Ini Penyata C-Broadband Advance (Data Only + Modem) - RM98 ( milik saya )

Rupanya ada caj tersembunyi, bukan sedikit, RM 23.05

Caj Semasa RM
Caj Tetap 10.00 ??
Caj Bulanan 103.68 ?? ( 98.00 )
Caj Penggunaan dan Panggilan 7.00 ??
Diskaun & Rebat 0.00
5% Cukai Perkhidmatan 0.35 ( kadar ini dari jumlah yang mana ??, jika 98.00 = 4.90 )Caj Semasa 121.03
Pelarasan Pengenapan  0.02

Jumlah Perlu Dibayar 121.05

Kepada mereka-mereka yang arif dan sudah lama menjadi pelanggan celcom broadband, minta bantuan penjelasan.

Tuesday, February 1, 2011

HRMIS - Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia

HRMIS Login Page

Kepada rakan-rakan yang belum mengemaskini maklumat masing-masing, boleh login dengan menggunakan nombor kad pengenalan sebagai user name dan password.

Banyak sangat hendak dikemaskini. Yang pasti, kebanyakan kita masih bujang di dalam sistem ini.

Iklan kenaikan pangkat N1 ke N4 bagi negeri Sabah tahun 2011

Iklan tersebut boleh dimuat turun di sini

Kepada mereka yang berkaitan, jangan lepaskan peluang.

Tarikh tutup 31 Mac 2011

Monday, January 31, 2011

Elaun Perumahan Wilayah vs Imbuhan Tetap Perumahan

  EPW atau ITP ??? Apa perbezaannya ??  Apa yang pasti, keduanya pasal elaun perumahan.
Cerita pasal perbezaan, memang banyak bezanya. Umpama Bumi dan Planet, ada dan tiada tarikan Graviti. Kalau cerita pasal graviti, tentu semua guru tahu ertinya termasuk definisi lengkap, apa lagi kalau guru-guru Sains. ( sayangnnya, subjek Sains KSSR sekarang cuma tinggal 2 masa seminggu, apalah agaknya murid dapat belajar dengan 60 minit seminggu ? ).
  Berbalik soal EPW dan ITP, apa kaitanya dengan Graviti ? Macam tiada kaitan kan? Memang tiada kaitan, cuma bikin kasi syok-syok cerita sahaja. Cuma, kalau difikirkan dari segi loyar buruk, memang ada kaitan. EPW memang disediakan sebagai tarikan graviti kepada guru-guru dari luar untuk berkhidmat di Sabah, kerana ceritanya konon, Sabah kekurangan guru. Memang kekurangan guru pun. Masih banyak sekolah yang kurang guru ( apa lagi jika diambil kira keperluan opsyen ).
  Graviti ?? mungkin tarikan tidak cukup, kenapa tidak ??? masih ramai guru-gura yang dapat EPW berlumba-lumba untuk memohon pindah ke negeri asal masing-masing. Kalau begini, memang tidak cukup ka insentif yang diberikan ?? Mungkin juga. Cerita paling sedap didengar, " saya datang Sabah bukan pasal EPW, pasal terpaksa mengikut arahan kementerian ", kalau begitu lebih baik jangan bagi EPW, bagi ITP saja ( RM180 untuk PPPLD dan RM250 untuk PPS ). Masa tu, ada la yang bengkak mencari rumah sewa bernilai RM250 sebulan, paling-paling dapat bilik.
   Kita tutup cerita pasal graviti kerana memang kurang memberi kesan. Kita cerita pasal EPW dan ITP. Agak-agaknya kalau guru dari Sabah menyewa rumah di mana-mana daerah harganya lebih murah kerana eluan rumah yang diberi memang rendah. Bagi yang mengajar di kampung sendiri dan tinggal di rumah sendiri, ITP tu bolehlah bikin tambah-tambah bayar bil letrik dan air, tapi bagi mereka yang datang dari daerah lain dan perlu menyewa rumah, cukup ka RM 180/RM250 untuk menyewa rumah?? Adakah rumah sewa dengan kadar begitu rendah sekarang walaupun di kampung-kampung ( bandar jangan cerita ). Lainlah kalau rumah guru mencukupi. Jangan bilang cukup, ada guru-guru kita yang terpaksa tinggal ditempat yang tidak sepatutnya. Kalau tidak percaya tanyalah guru-guru kita dari kawasan pekan sampai saaaaaaaaaaaana kampung-kampung.
  Mungkin ini satu dasar, tapi dasar pun manusia juga yang buat. Tentu manusia boleh ubah. Apa bezanya guru-guru dari Kudat yang mengajar di Semporna dengan guru-guru dari Labuan yang mengajar di Ranau atau Kundasang? Mana lebih jauh dan yang pasti mereka sama-sama perlukan rumah sama ada kaurters kerajaan atau pun menyewa rumah ( kerana kekerangan rumah guru ). Kalau sama-sama menyewa, siapa yang kesian ??? Tidak perlu lah saya jawab di sini, kita tentu tahu apa jawapan. Terpaksa gaji dikorbankan untuk membayar sewa rumah.
  Menyebut pasal 'berkorban', selalu orang cakap, kita mesti berkorban untuk mendidik anak bangsa. Memang betul, dari dulu sampai sekarang memang kita berkorban dan sampai bila ??? Berkorban ?? Kenapa guru-guru kita saja yang disuruh berkorban??  Adakah kerana mereka cuma guru-guru biasa??
   Kementerian selalu mengambil berat soal-soal kebajikan guru, ini kata menteri. Kalau ini benar, cubalah kaji kewajaran ITP yang diberi kepada guru-guru kita. Kalau ITP susah sangat dikaji kerana melibatkan bebanan kos kerajaan yang berterusan, sediakan perumahan yang mencukupi, selesa dan setaraf dengan nilai pemberian EPW. Tentu guru-guru lebih produktif kerana tidak perlu memikirkan soal sewa rumah yang tinggi atau memikirkan di mana mau cari papan percuma untuk tampal dinding atau lantau rumah yang silih berganti bocor ( kalau tak percaya, pergila tengok rumah-rumah guru kita ).
  Dan sebagai penutup cerita biarpun keluar tajuk, bila agaknya sekolah kami dapat bangunan baru termasuk rumah guru ??? Sekolah yang lain kebanyakan sudah dapat, hairan bin ajaib, sekolah kawasan pekan berstatus gred A tetapi fizikal sekolah tidak macam sekolah gred A di pekan-pekan lain.

Sunday, January 30, 2011

E-Gtukar, eGtukar, atau bla bla bla

   'e-Gtukar' adalah perkara yang paling ditunggu-tungu oleh kebanyakan guru ( terutama guru-guru semenanjung yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak ). Tapi jangan lupa, guru-guru dari Sabah yang berkhidmat di negeri sendiri juga adalah yang paling-paling sibuk pada ketika-ketika itu, mengalahkan kesibukan guru-guru yang ada EPW.
  Ketika pengumuman bahawa sistem e-Gtukar telah dibuka secara online ( guru-guru boleh memohon pertukaran tempat bertugas secara online ketika itu ), maka server KPM akan menjadi terlalu sibuk mengalahkan kesesakan lalu lintas bandar Sandakan ketika hampir musim perayaan. Ironinya, pada musim-musim begini, barulah pemohon-pemohon tegar ini akan sibuk mengemaskini maklumat diri masing-masing dalam sistem aplikasi emisonline ( sebelum hendak memohon pertukaran, tak pula berminat mengemaskini maklumat diri ). Memandangkan talian internet schoolnet dan streamyx yang agak uzur ( sekarang dah ada alternatif, boleh guna Celcom Broadband *** ), maka berduyun-duyunlah mereka di PJL berhampiran . ( Bila agaknya Kementerian Pelajaran dapat menyediakan perkhidmatan internet sebaik yang dibekalkan SKMM kepada semua PJL. Dengar cerita, kontrak pembekalan internet di sekolah sekarang sudah tamat, mungkin KPM boleh memilih ISP baru yang lebih baik )
  Dipendekan cerita, laman web e-Gtukar mereka layari sekali lagi ( setelah puas hati bahawa GDM sekolah masing telah mengemaskini maklumat mereka ). Dipanjangkan pula cerita, ada sebilangan daripada mereka ini mendapati bahawa maklumat dalam emisonline memang telah lengkap. Jadi? kenapa tak boleh mendaftar dalam e-Gtukar? Apakah jadah? Pihak PPD cakap, GDM belum kemaskini data dalam sistem???
  Ketika tarikh tutup semakin hampir, GDM menjadi mangsa keadaan dan menjadi pelanggan utama PJL. Login, edit, simpan. Dah berulang kali buat, tapi e-Gtukar masih memaparkan ralat ini yang bla-bla. Nombor gaji tidak sepadan, tidak ujudlah dan macam-macam lagi.
  Jadi???? apa bah masalah ini??. Kurang berpuas hati, saya mencuba pula menggunakan aplikasi keramat ini. Saya mendaftar sebagai pemohon ( walaupun saya memang tidak perlu memohon kerana saya memang orang sini, mau pindah pigi mana lagi ?? ). Wah !!! sekali buat saja, terus dapat. ( dalam hatiku bilang, "kenapa susah butul dorang masuk" ? ), senang saja pun.
   Memendekan cerita, saya terus login. Saya mau tau betul apa bah isinya inisaya hendak mengetahui kandungan aplikasi e-Gtukar ). Diringkaskan lagi, saya terus memilih menu 'SEMAK DATA PEMOHON'. Dan sinilah terungkai segala-gala kemusykilan yang selama ini membelenggu minda dan fikiran guru-guru, termasuk GDM ( ha ha, macam berjela-jela pula ni ayat ). Maklumat diri saya yang ada dalam e-Gtukar sangat berbeza dengan maklumat yang ada dalam emisonline.
   Persoalannya ?? Data e-Gtukar ni dicedok dari mana? Maklumat diri saya yang ada sepeti Gred Jawatan dan Jawatan, adalah seperti 4 atau 5 tahun yang lepas punya maklumat. Sudah bertahun-tahun aku tidak menjadi Guru Media ( Guru Pusat Sumber ) tapi dalam aplikasi e-Gtukar, jawatan tersebut masih ada.
  Sebagai menutup cerita, semua GDM tidak perlu lagi risau dengan andaian GDM malas, DGM tidak kemaskini data dan bla bla ( kalau ada yang memang belum mengemaskini, buatlah cepat-cepat ) ketika anda dihubungi semasa kesibukan kawan-kawan memohon pertukaran. Saya pasti, maklumat dalam e-Gtukar memang tiada kaitan dengan emisonline. Kalau tak percaya, cuba sendiri.
  Dan ( ada lagi rupanya ), mungkin ( bukan pasti ), maklumat DOSAR ( Data Operasi Rendah Bahagian Sekolah ) yang ada di semua PPD perlu dikemaskini kerana kemungkinan data e-Gtukar diperolehi daripada aplikasi offline ini.
  Akhir sekali ( macam helicopter mainan pula, sekejap naik sekejap turun ), tahniah kepada yang guru-guru yang telah berjaya bertukar dan cuba lagi bagi mereka yang masih lagi tertunggu-tunggu bila aplikasi online ini akan dibuka semula.


*** terpaksa guna celcom kerana DIGI masih kurang 1 gigi di Telupid.

PJL - Pusat Jalur Lebar ( kredit mesti diberikan kepada SKMM kerana dapat menyediakan talian internet yang sangat memuaskan )
GDM - Guru Data dan Maklumat
EPW - Elaun Perumahan Wilayah