Sunday, January 30, 2011

E-Gtukar, eGtukar, atau bla bla bla

   'e-Gtukar' adalah perkara yang paling ditunggu-tungu oleh kebanyakan guru ( terutama guru-guru semenanjung yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak ). Tapi jangan lupa, guru-guru dari Sabah yang berkhidmat di negeri sendiri juga adalah yang paling-paling sibuk pada ketika-ketika itu, mengalahkan kesibukan guru-guru yang ada EPW.
  Ketika pengumuman bahawa sistem e-Gtukar telah dibuka secara online ( guru-guru boleh memohon pertukaran tempat bertugas secara online ketika itu ), maka server KPM akan menjadi terlalu sibuk mengalahkan kesesakan lalu lintas bandar Sandakan ketika hampir musim perayaan. Ironinya, pada musim-musim begini, barulah pemohon-pemohon tegar ini akan sibuk mengemaskini maklumat diri masing-masing dalam sistem aplikasi emisonline ( sebelum hendak memohon pertukaran, tak pula berminat mengemaskini maklumat diri ). Memandangkan talian internet schoolnet dan streamyx yang agak uzur ( sekarang dah ada alternatif, boleh guna Celcom Broadband *** ), maka berduyun-duyunlah mereka di PJL berhampiran . ( Bila agaknya Kementerian Pelajaran dapat menyediakan perkhidmatan internet sebaik yang dibekalkan SKMM kepada semua PJL. Dengar cerita, kontrak pembekalan internet di sekolah sekarang sudah tamat, mungkin KPM boleh memilih ISP baru yang lebih baik )
  Dipendekan cerita, laman web e-Gtukar mereka layari sekali lagi ( setelah puas hati bahawa GDM sekolah masing telah mengemaskini maklumat mereka ). Dipanjangkan pula cerita, ada sebilangan daripada mereka ini mendapati bahawa maklumat dalam emisonline memang telah lengkap. Jadi? kenapa tak boleh mendaftar dalam e-Gtukar? Apakah jadah? Pihak PPD cakap, GDM belum kemaskini data dalam sistem???
  Ketika tarikh tutup semakin hampir, GDM menjadi mangsa keadaan dan menjadi pelanggan utama PJL. Login, edit, simpan. Dah berulang kali buat, tapi e-Gtukar masih memaparkan ralat ini yang bla-bla. Nombor gaji tidak sepadan, tidak ujudlah dan macam-macam lagi.
  Jadi???? apa bah masalah ini??. Kurang berpuas hati, saya mencuba pula menggunakan aplikasi keramat ini. Saya mendaftar sebagai pemohon ( walaupun saya memang tidak perlu memohon kerana saya memang orang sini, mau pindah pigi mana lagi ?? ). Wah !!! sekali buat saja, terus dapat. ( dalam hatiku bilang, "kenapa susah butul dorang masuk" ? ), senang saja pun.
   Memendekan cerita, saya terus login. Saya mau tau betul apa bah isinya inisaya hendak mengetahui kandungan aplikasi e-Gtukar ). Diringkaskan lagi, saya terus memilih menu 'SEMAK DATA PEMOHON'. Dan sinilah terungkai segala-gala kemusykilan yang selama ini membelenggu minda dan fikiran guru-guru, termasuk GDM ( ha ha, macam berjela-jela pula ni ayat ). Maklumat diri saya yang ada dalam e-Gtukar sangat berbeza dengan maklumat yang ada dalam emisonline.
   Persoalannya ?? Data e-Gtukar ni dicedok dari mana? Maklumat diri saya yang ada sepeti Gred Jawatan dan Jawatan, adalah seperti 4 atau 5 tahun yang lepas punya maklumat. Sudah bertahun-tahun aku tidak menjadi Guru Media ( Guru Pusat Sumber ) tapi dalam aplikasi e-Gtukar, jawatan tersebut masih ada.
  Sebagai menutup cerita, semua GDM tidak perlu lagi risau dengan andaian GDM malas, DGM tidak kemaskini data dan bla bla ( kalau ada yang memang belum mengemaskini, buatlah cepat-cepat ) ketika anda dihubungi semasa kesibukan kawan-kawan memohon pertukaran. Saya pasti, maklumat dalam e-Gtukar memang tiada kaitan dengan emisonline. Kalau tak percaya, cuba sendiri.
  Dan ( ada lagi rupanya ), mungkin ( bukan pasti ), maklumat DOSAR ( Data Operasi Rendah Bahagian Sekolah ) yang ada di semua PPD perlu dikemaskini kerana kemungkinan data e-Gtukar diperolehi daripada aplikasi offline ini.
  Akhir sekali ( macam helicopter mainan pula, sekejap naik sekejap turun ), tahniah kepada yang guru-guru yang telah berjaya bertukar dan cuba lagi bagi mereka yang masih lagi tertunggu-tunggu bila aplikasi online ini akan dibuka semula.


*** terpaksa guna celcom kerana DIGI masih kurang 1 gigi di Telupid.

PJL - Pusat Jalur Lebar ( kredit mesti diberikan kepada SKMM kerana dapat menyediakan talian internet yang sangat memuaskan )
GDM - Guru Data dan Maklumat
EPW - Elaun Perumahan Wilayah

No comments: