Monday, January 31, 2011

Elaun Perumahan Wilayah vs Imbuhan Tetap Perumahan

  EPW atau ITP ??? Apa perbezaannya ??  Apa yang pasti, keduanya pasal elaun perumahan.
Cerita pasal perbezaan, memang banyak bezanya. Umpama Bumi dan Planet, ada dan tiada tarikan Graviti. Kalau cerita pasal graviti, tentu semua guru tahu ertinya termasuk definisi lengkap, apa lagi kalau guru-guru Sains. ( sayangnnya, subjek Sains KSSR sekarang cuma tinggal 2 masa seminggu, apalah agaknya murid dapat belajar dengan 60 minit seminggu ? ).
  Berbalik soal EPW dan ITP, apa kaitanya dengan Graviti ? Macam tiada kaitan kan? Memang tiada kaitan, cuma bikin kasi syok-syok cerita sahaja. Cuma, kalau difikirkan dari segi loyar buruk, memang ada kaitan. EPW memang disediakan sebagai tarikan graviti kepada guru-guru dari luar untuk berkhidmat di Sabah, kerana ceritanya konon, Sabah kekurangan guru. Memang kekurangan guru pun. Masih banyak sekolah yang kurang guru ( apa lagi jika diambil kira keperluan opsyen ).
  Graviti ?? mungkin tarikan tidak cukup, kenapa tidak ??? masih ramai guru-gura yang dapat EPW berlumba-lumba untuk memohon pindah ke negeri asal masing-masing. Kalau begini, memang tidak cukup ka insentif yang diberikan ?? Mungkin juga. Cerita paling sedap didengar, " saya datang Sabah bukan pasal EPW, pasal terpaksa mengikut arahan kementerian ", kalau begitu lebih baik jangan bagi EPW, bagi ITP saja ( RM180 untuk PPPLD dan RM250 untuk PPS ). Masa tu, ada la yang bengkak mencari rumah sewa bernilai RM250 sebulan, paling-paling dapat bilik.
   Kita tutup cerita pasal graviti kerana memang kurang memberi kesan. Kita cerita pasal EPW dan ITP. Agak-agaknya kalau guru dari Sabah menyewa rumah di mana-mana daerah harganya lebih murah kerana eluan rumah yang diberi memang rendah. Bagi yang mengajar di kampung sendiri dan tinggal di rumah sendiri, ITP tu bolehlah bikin tambah-tambah bayar bil letrik dan air, tapi bagi mereka yang datang dari daerah lain dan perlu menyewa rumah, cukup ka RM 180/RM250 untuk menyewa rumah?? Adakah rumah sewa dengan kadar begitu rendah sekarang walaupun di kampung-kampung ( bandar jangan cerita ). Lainlah kalau rumah guru mencukupi. Jangan bilang cukup, ada guru-guru kita yang terpaksa tinggal ditempat yang tidak sepatutnya. Kalau tidak percaya tanyalah guru-guru kita dari kawasan pekan sampai saaaaaaaaaaaana kampung-kampung.
  Mungkin ini satu dasar, tapi dasar pun manusia juga yang buat. Tentu manusia boleh ubah. Apa bezanya guru-guru dari Kudat yang mengajar di Semporna dengan guru-guru dari Labuan yang mengajar di Ranau atau Kundasang? Mana lebih jauh dan yang pasti mereka sama-sama perlukan rumah sama ada kaurters kerajaan atau pun menyewa rumah ( kerana kekerangan rumah guru ). Kalau sama-sama menyewa, siapa yang kesian ??? Tidak perlu lah saya jawab di sini, kita tentu tahu apa jawapan. Terpaksa gaji dikorbankan untuk membayar sewa rumah.
  Menyebut pasal 'berkorban', selalu orang cakap, kita mesti berkorban untuk mendidik anak bangsa. Memang betul, dari dulu sampai sekarang memang kita berkorban dan sampai bila ??? Berkorban ?? Kenapa guru-guru kita saja yang disuruh berkorban??  Adakah kerana mereka cuma guru-guru biasa??
   Kementerian selalu mengambil berat soal-soal kebajikan guru, ini kata menteri. Kalau ini benar, cubalah kaji kewajaran ITP yang diberi kepada guru-guru kita. Kalau ITP susah sangat dikaji kerana melibatkan bebanan kos kerajaan yang berterusan, sediakan perumahan yang mencukupi, selesa dan setaraf dengan nilai pemberian EPW. Tentu guru-guru lebih produktif kerana tidak perlu memikirkan soal sewa rumah yang tinggi atau memikirkan di mana mau cari papan percuma untuk tampal dinding atau lantau rumah yang silih berganti bocor ( kalau tak percaya, pergila tengok rumah-rumah guru kita ).
  Dan sebagai penutup cerita biarpun keluar tajuk, bila agaknya sekolah kami dapat bangunan baru termasuk rumah guru ??? Sekolah yang lain kebanyakan sudah dapat, hairan bin ajaib, sekolah kawasan pekan berstatus gred A tetapi fizikal sekolah tidak macam sekolah gred A di pekan-pekan lain.

No comments: